WELCOMING MOBILITY STUDENT

SQS NEWS: Seramai sepuluh orang Mobility Inbound telah diraikan dalam program ‘Welcoming Mobility Student’ yang diadakan oleh pihak JK PPA SQS baru baru ini. Dua orang pelajar dari Universiti Brunei Darussalam iaitu Nurul Nurmaziah Hj Mohd Zain dan Nor Ashimah Mohamad Isham akan mengikuti program mobiliti berkredit sepanjang semester A172 ini dan program Ijazah Sarjana Muda (Matematik Perniagaan). Manakala empat orang lagi pelajar mobiliti dari Universiti Yinchun,China juga akan mengikuti program yang sama. Mereka terdiri daripada Zhang Chun Lin, Kang Winyui, Zhu Yanni dan Huang Yi. Turut meneruskan legasi program Mobility Inbound ini adalah seramai empat orang pelajar dari Universiti Unsyiah Kuala, Acheh, Indonesia. Mereka akan mengikuti program mobiliti ini di bawah Ijazah Sarjana Muda (Statistik Industri), SQS. Mereka adalah Eifiyani,Nurin Ghaasani,Viza Fitria dan Aida Fitri. Moga semua pelajar ini akan melalui kehidupan dengan gembira dan urusan pembelajaran di sini dengan lancar. Pihak JK PPA turut melantik mentor penasihat daripada kalangan pensyarah, iaitu Dr Nor Intan Saniah Sulaiman,Dr Suhaida,Dr Azizah dan juga Dr Chee Kee Keong bagi pelajar ini untuk membantu mereka dalam menyesuaikan kehidupan di sini selain SQS Buddy daripada kalangan pelajar SQS sendiri.

Prepared by Intan Sulaiman.