English Malay
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7

SQS News Highlight

Aug 08 2017

USAHA JALINAN KERJASAMA SQS DAN UNIVERSITI-UNIVERSITI DI BANDUNG

image003

  

SQS ONLINE: 9 – 13 Julai 2017, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) memulakan langkah untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dengan mengadakan lawatan ke universiti-universiti di Bandung, Indonesia. SQS yang diwakili Dr. Ruzelan Khalid dan Prof. Madya Dr. Mohd Kamal Mohd Nawawi memulakan kunjungan pertama ke Telkom University dengan pertemuan bersama penjawat utama School of Industrial Engineering yang diketuai oleh Dekannya, Dr. Dida Diah Damayanti. Agenda utama pertemuan adalah untuk merealisasikan program ijazah berkembar (double degree) sains pemutusan dan kejuruteraan industri. Di samping itu, perancangan untuk penyelidikan secara matching-grant juga dibincang.

Seterusnya, wakil SQS melawat institusi terkemuka di Indonesia, Institut Teknologi Bandung (ITB). Kerjasama dalam bentuk penulisan dan penerbitan akademik dibincang dan dirancang memandangkan bidang kepakaran ahli akademik di Faculty of Mathematics and Natural Sciences, ITB mempunyai banyak persamaan dengan pensyarah SQS.

Akhir sekali, SQS mengunjungi Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), Universitas Padjadjaran (UNPAD). Perbincangan berkisar tentang perancangan penyeliaan bersama untuk pelajar pascasiswazah di samping pemindahan kredit Program Sarjana Sains (Data Analisis) UUM dan Program Sarjana Statistika Terapan UNPAD.

 

 

Research Highlight

SQS Highlight

  • Picture Gallery
  • Video Gallery
  • Online Services
ICOQSIA2014ICON SQSSCENERY UUMSCENERY
SQSSTUDENTS SQSSTAFF

More on

flickr

SQSCOPRVIDEO UUMCORPVIDEO
AIE 2015
SQSSCENERY
UUMSONG

More on

youtube

 

1-UMIS 2-STAFF-EMAIL 3-STUDENT-EMAIL 4-LEARNINGZONE 5-OBE 7-ONLINE ISO 8-E-COUNSELLING 6-U-ASSIST
9-MYBOX 10-MYUUM 11-MYLAB 12-MYGRANT 13-WEBOPAC 14-ONLINEPAYMENT 15-SERVICEDESK 16-USERMANUALS

SQS Events Calendar