English Malay
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7

SQS News Highlight

Apr 11 2017

17622052 1186984951421189 7513877145818748948 o

SQS ONLINE : Majlis Anugerah Sijil Dekan yang berlangsung 21 Mac 2016 lalu dihadiri 140 orang pelajar daripada 233 orang penerima keseluruhan. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang memprolehi kejayaan cemerlang dalam keputusan peperiksaan semester A161. Majlis yang diadakan di Dewan Seminar II, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) turut dihadiri oleh Dekan SQS, Prof. Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya bersama ahli Pengurusan SQS serta staf akademik. Turut hadir adalah pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Saudari Nur Farihah Mohd Haris dan Thevindran Gunasegaran, yang bertindak sebagai Pengacara Majlis.

Dalam amanat dan ucapan yang disampaikan oleh Dekan SQS, Prof. Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya berkata, pelajar SQS perlu terus konsisten mengekalkan pencapaian yang diperolehi. Ianya penting bagi menjadikan SQS sebagai sebuah Pusat Pengajian yang cemerlang selain program-programnya yang akan menjadi pilihan kepada bakal mahasiswa di luar sana. Terdahulu, beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pelajar SQS yang berjaya memandangkan jumlah penerima sijil Dekan kali ini lebih ramai berbanding sebelumnya. Beliau juga turut mengucapkan syabas kepada semua pensyarah SQS yang bertungkus lumus memastikan pelajar SQS berjaya dalam akademik. Dalam ucapan tesebut, beliau mengumumkan bahawa pada majlis konvokesyen universiti akan datang, pelajar SQS yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah akan dipilih sebagai penerima Anugerah Pingat AXIATA. Justeru beliau menyeru kepada semua pelajar untuk mengambil peluang bagi meningkatkan pencapaian akademik selain turut aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.

Dalam majlis yang sama wakil pelajar yang juga Presiden Persatuan Sains Kuantitatif (QUSAC) Saudara Mustaza Mohamad berkata, semua pelajar SQS hendaklah menghargai peranan dan jasa yang diberi oleh para pensyarah SQS. Selain itu menurutnya, kejayaan yang dicapai bukanlah semata-mata kejayaan individu tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan UUM umumnya. Ujarnya lagi, ilmu yang diperolehi perlu juga digunakan untuk membantu rakan-rakan mahasiswa yang lain. Majlis diakhiri dengan penganugerahan seramai 140 orang penerima anugerah yang hadir.

Research Highlight

SQS Highlight

  • Picture Gallery
  • Video Gallery
  • Online Services
ICOQSIA2014ICON SQSSCENERY UUMSCENERY
SQSSTUDENTS SQSSTAFF

More on

flickr

SQSCOPRVIDEO UUMCORPVIDEO
AIE 2015
SQSSCENERY
UUMSONG

More on

youtube

 

1-UMIS 2-STAFF-EMAIL 3-STUDENT-EMAIL 4-LEARNINGZONE 5-OBE 7-ONLINE ISO 8-E-COUNSELLING 6-U-ASSIST
9-MYBOX 10-MYUUM 11-MYLAB 12-MYGRANT 13-WEBOPAC 14-ONLINEPAYMENT 15-SERVICEDESK 16-USERMANUALS

SQS Events Calendar