Previous Next

Sumbangan Bakul Ramadhan dan Salam Aidilfitri 1445H

8 April 2024 : Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia dan bulan penuh keberkatan, pihak SQS dengan kerjasama Kelab Kebajikan telah menyediakan Sumbangan Bakul Ramadhan kepada staf Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB). Sumbangan ini telah disampaikan oleh Dekan SQS. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan menceriakan Aidilfitri mereka.

Dekan dan seluruh warga kerja Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua. Semoga hari raya tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan hidup kepada kita semua. Amin...