Previous Next

Perbincangan kerjasama antarabangsa dengan Gombe State University dan Aliko Dangote University, Nigeria

19 dan 20 Mac 2024 : Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) berhasrat untuk menjalin hubungan kerjasama antarabangsa dengan Gombe State University dan Aliko Dangote University, Nigeria. Perbincangan dimulai dengan memperkenalkan UUM dan SQS dan seterusnya perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam penyelidikan & penulisan, pertukaran staf, program mobiliti pelajar dan pelajar PhD.
 
Dekan, Prof. Dr Haslinda Ibrahim juga menjemput kedua-dua rakan kerjasama ini untuk menyertai seminar antarabangsa anjuran ICOQSIA pada September 2024. Harapan dekan agar setelah termeterai MoU dengan kedua-dua universiti Nigeria ini nanti maka banyak peluang aktiviti penyelidikan dan pembelajaran dapat dilaksanakan.