Previous Next

Perbincangan Kerjasama SQS dengan UniSHAMS dan KUIPs dalam penganjuran persidangan ICOQSIA2024

03 April 2024  : Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah mengadakan sesi perbincangan tentang kerjasama dalam penganjuran persidangan International Conference of Quantitative Sciences and its Applications (ICOQSIA2024) dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pada Rabu dan Khamis lalu.
Delegasi UniSHAMS adalah Prof. Madya Dr. Yusuf Bin Haji Othman, Dr. Asnani Bahari, Dr. Mohd Sofi Arifin dan Dr. Norzaila Mohamad Nor.
Perbincangan di hari kedua bersama dengan KUIPs telah diwakili oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi KUIPs, Prof. Madya Dr. Ahmad Shabudin Ariffin bersama dengan Cik Hafizah Hishamuddin dan Puan Siti Zawani Said. SQS diketuai oleh Pengerusi ICOQSIA2024 iaitu Profesor Madya Dr. Shamshuritawati Sharif dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Norazura Ahmad, Dr. Aida Mauziah Benjamin. Prof. Madya Dr. Nazrina Aziz, Prof. Madya Dr. Adyda Ibrahim dan Dr. Zurina Hanafi.
Taklimat berkaitan ICOQSIA 2024 telah diberikan dengan terperinci, dan diakhiri dengan maklumat tentang proses dan penerbitan iaitu prosiding persidangan dan juga bab dalam buku. Seterusnya SQS membuka peluang kerjasama kepada institusi-institusi ini sebagai penganjur bersama, terlakluk kepada beberapa syarat yang dipersetujui bersama.
Pihak UniSHAMS dan KUIPs berkongsi tentang harapan mereka melalui Kerjasama yang akan akan dijalankan. Mereka berbesar hati dengan perbincangan ini dan peluang yang dapat diperolehi oleh organisasi tersebut amnya dan staf akademik khususnya.
Melalui kerjasama seperti ini, ianya dapat mengukuhkan hubungan diantara UUM dengan kedua-dua organisasi di samping dapat berkongsi kepakaran dalam penganjuran persidangan dan bidang akademik.