Previous Next

PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA PUSAT PENGAJIAN SAINS KUANTITATIF DAN TASHKENT STATE UNIVERSITY OF ECONOMICS (TSUE)

15 Februari 2024, Khamis : Satu perbincangan kerjasama telah diadakan di antara Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) dan Tashkent State University of Economics (TSUE) melalui Zoom Meeting. Kerjasama awal SQS dan TSEU telah bermula sejak tahun 2022.  Melalui perbincangan tersebut, beberapa aktiviti telah dirancang antaranya lawatan TSUE ke SQS, penyelidikan dan penerbitan, pertukaran pelajar serta penganjuran bersama konferens pada tahun 2025 di TSEU.

SQS UUM dan Tashkent State University of Economics telah menandatangani LOI pada 29 Mei 2022 sehingga 28 Mei 2023.  Seterusnya, SQS berhasrat untuk memeterai MoU dengan TSEU yang mana akan membuka peluang peningkatan kepada kompetensi antara budaya dengan pertukaran staf, pelajar, lantikan pensyarah lawatan. MoU ini juga akan memenuhi KPI berikut, T1D3P17: Number of activities conducted under MoU/MoA with international institutions, T6D1C2 : Percentage of international inbound undergraduate ad postgraduate students, dan T6D1C3: Percentage of international outbound undergraduate and postgraduate students. Di samping itu, MoU ini akan menjadi platform bersama untuk membangunkan idea yang memberi manfaat bukan sahaja kepada universiti terlibat tetapi menyumbang kepada pembangunan kedua-dua negara melalui kerjasama dalam kepakaran bidang sains kuantitatif. Dengan kerjasama ini diharap ianya dapat memberi nilai tambah kepada bidang kepakaran di kedua-dua negara. 

Selain daripada itu, SQS telah menjemput pensyarah dari TSUE untuk menyertai The 8th International Conference on Quantitative Sciences and Its Application (ICOQSIA) yang akan diadakan pada 17 sehingga 19 September 2024 di EDC UUM.