Previous Next

Bengkel Semakan Kurikulum Pascasiswazah 2024

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia telah mengadakan satu bengkel semakan kurikulum pascasiswazah pada 20 Februari 2024 yang lepas, yang telah dihadiri oleh staf Akademik dan pentadbiran SQS seramai 29 orang. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan menambahbaik kurikulum pascasiswazah bagi memastikan kualiti pendidikan program pascasiswazah memenuhi standad tertinggi. Semakan kurikulum ini juga bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang Kuantitatif, serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Fokus utama bengkel ini adalah untuk menyediakan  dokumen bagi semakan kurikulum program pascasiswazah iaitu :

  1. Sarjana Sains Data analisis (Mod Kerja Kursus)
  2. Sarjana Sains Pemutusan (Mod Campuran & Penyelidikan)
  3. Sarjana Sains Matematik (Penyelidikan)
  4. Sarjana Sains Statistik (Penyelidikan)

Bengkel ini dijadualkan secara berkala agar dokumen semakan kurikulum dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu sebelum akhir bulan April 2024. Kertas kerja dan semua dokumen ini akan dimajukan dalam mesyuarat yang berkaitan.