GOTONG ROYONG SEBELUM KEMASUKAN /PENDAFTARAN PELAJAR BARU DI SQS

GOTONG ROYONG SEBELUM KEMASUKAN /PENDAFTARAN PELAJAR BARU DI SQS

10 Oktober 2023 : Kebersihan persekitaran dan bilik kuliah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu   mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah Pusat Pengajian. Oleh itu, Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (JKKP SQS) telah mengadakan aktiviti gotong royong pembersihan dan penyemakkan peralatan bilik-bilik kuliah yang ada di SQS sempena menyambut pelajar-pelajar baharu dan pelajar-pelajar lama memulakan sesi pengajian mereka pada sesi A231.

Persediaan awal sebelum kelas bermula perlu dijalankan bagi memberikan kepuasan dan kemudahan kepada pelajar-pelajar SQS dan juga pensyarah-pensyarah SQS untuk mengendalikan kelas mereka agar berjalan lancar. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang gotong royong ini adalah menyusun atur semula kerusi atau meja yang rosak, membersihkan bilik-bilik kuliah, menyemak peralatan pengajaran (seperti computer dan visualizer) dan menyemak kebocoran atau masalah-masalah lain yang terdapat di bilik kuliah.

Semua pensyarah, staf pentadbiran dan barisan penjawat SQS turut serta membersih dan memeriksa bilik-bilik kuliah tersebut. Segala masalah yang ada, telah di ambil tindakan dan dibuat aduan bagi memastikan semua bilik kuliah dan peralatan pengajaran dapat digunakan dengan baik pada hari pertama kuliah bermula.